PIAGAM
Piagam Pelanggan Pejabat Kolej Kediaman seperti berikut :
1. Menyediakan kemudahan asas penginapan yang sewajarnya seperti katil,tilam, almari pakaian, meja belajar dan kerusi untuk belajar sebelum hari pendaftaran pelajar bermula bagi setiap sesi pendaftaran.
2. Menawarkan kemudahan penginapan kepada semua pelajar baru peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang mendaftar belajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
3. Memastikan pelaksanakan dan pengurusan yang lancar semasa pendaftaran asrama bagi pelajar-pelajar baru pada setiap sesi pendaftaran.
4. Memproses Borang Permohonan Tinggal Di Asrama bagi pelajar-pelajar kanan dan meluluskan permohonan tertakluk kepada kekosongan yang ada dalam tempoh 7 hari bekerja.
5. Mengambil tindakan pembaikan sewajarnya ke atas laporan kerosakan yang di terima dalam masa 24 jam tertakluk kepada tahap kerosakan tersebut.
6. Memproses dan meluluskan penggunaan barangan elektrik peribadi yang di bawa dan digunakan di asrama dalam masa 3 hari bekerja.
7. Memastikan kebersihan dan keselamatan Kolej Kediaman sentiasa terjamin.
8. Memproses semua aduan perkhidmatan kafeteria dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas laporan yang di terima dalam masa 1 minggu bekerja.
9. Memproses permohonan untuk kelulusan Pengetua bagi aktiviti-aktiviti pelajar Kolej Kediaman dalam masa 2 hari bekerja.
10. Menyediakan perkhidmatan kaunter yang cekap dan mesra pelanggan.
11. Mengamalkan konsep 'terbuka' kepada semua pelanggan untuk perbincangan dan pertanyaan
|